Makna Takaful
Takaful mengikut tafsiran syara' ialah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain.
Bertepatan dengan Hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, "Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah bahawa sesiapa pun tidak masuk syurga jika tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang terhimpit".
Tujuan Takaful
Sistem takaful adalah satu saluran yang membolehkan individu berikhtiar untuk saling bantu membantu bagi menghadapi risiko serta memperolehi manfaat dalam mengurangkan beban kewangan.
Menjaga kebajikan sosial
Mewujudkan keharmonian sosial
Sebagai saluran atau mekanisma sosial di mana, "The fortune many compensate the unfortunate few".
Ciri - Ciri Takaful
1. Tiada unsur riba'
2. Tiada unsur gharar (ketidakpastian)
3. Tiada unsur maisir (judi)
4. Ada tabarru' (derma ikhlas)
5. Ada perkongsian Al-Mudharabah (keuntungan)
6. Akad yang dipersetujui.
Konsep Tabarru'
Bererti membuat kebajikan atau derma bersyarat dengan redha. Ia dilakukan secara sedar dengan niat untuk saling bantu membantu.
Takaful Ikhlas berperanan sebagai pengendali tabung tabarru'. Manfaat akan dibayar menggunakan tabung tabarru'.
Tabarru' adalah perkataan Arab bermaksud Membuat Kebajikan / Membuat Derma Bersyarat / Mengurniakan Dengan Redha Sendiri
Tanpa tabarru' urusan takaful akan menjadi Gharar, sama seperti jual beli seperti insurans.
Dengan konsep tabarru' , unsur Gharar dan Maisir dapat dihindarkan.
Daripada tabung tabarru', manfaat dibayar.
Melalui tabaru', risiko kemalangan dipikul oleh sesama peserta yang mentabarru' dan bukannya syarikat.
Dengan perlaksanaan tabarru' kita faham bahawa Takaful Ikhlas bukan menjual insurans Islam tetapi Pengendali tabung tabarru' tersebut.
Wujudnya tabarru', peserta akan juga sama memikirkan untuk membantu rakan-rakan yang lain (iaitu semangat bertabarru')
Wang tabarru' bukanlah kepunyaan syarikat. Syarikat hanya pengendali dan menentukan hak diberikan secara adil.
Konsep tabarru' mestilah dihayati. Tanpa penghayatan urusan takaful menjadi tiada beza dari insurans.
Konsep Al Mudharabah
Perkongsian keuntungan mengikut nisbah yang dipersetujui bersama antara peserta dan syarikat.
Mudharabah bermaksud perkongsian keuntungan
Nisbah pembahagian bergantung persetujuan bersama - dinyatakan di dalam perjanjian/borang.
Mudharabah dikaitkan dengan pelaburan yang bersifat amanah di mana syarikat tidak wajib (tidak dosa/salah) jika tidak diberitahu di mana pelaburan dibuat.
Mudharabah berbeza dari musyarakah (joint-venture) di mana kedua-dua pihak perlu tahu di mana pelaburan dibuat.
Mudharabah sebagai pengganti dividen atau kadar faedah/bunga
Mudharabah dibenarkan oleh agama
Dalam mudharabah - nisbah ditentukan sementara nilai tidak ditentukan - bergantung kepada keuntungan.
Pembahagian secara mudharabah lebih adil.
Pengiraan mudharabah bermula dari tarikh sumbangan dibuat.
Pembayaran mudharabah dibuat terus kepada peserta.
Takaful - Perlindungan & Pelaburan yang berasaskan Hukum Syariah
-