Ikhlastakaful2u INFORMASI UNTUK ANDA



Perlukah kita menyertai perlindungan kewangan Takaful? Secara amnya perlindungan Takaful adalah skim perlindungan kewangan secara Islam iaitu merupakan satu kaedah persiapan atau ikhtiar/usaha untuk menghadapi atau melindungi sebarang ketidak pastian yang mungkin berlaku ke atas diri sendiri, ahli keluarga atau harta benda daripada sebarang musibah atau malapetaka pada masa akan datang. Selagi manusia terdedah terhadap ketidak pastian dan risiko selagi itulah perlindungan kewangan Takaful itu amat diperlukan sebagai satu ikhtiar/usaha terlebih dahulu sebelum seseorang itu bertawakkal kepada Allah s.w.t.

Persiapan untuk mengharungi sebarang ketidak pastian atau ujian-ujian dari Allah s.w.t. contohnya seperti kematian, hilang-upaya kekal, penyakit kritikal, kemalangan dan sebagainya, bukanlah satu usaha yang ingin melawan takdir Allah s.w.t. yang diperkatakan oleh segelintir ahli masyarakat. Ini merupakan satu pandangan yang dangkal dari orang-orang yang jahil tentang agama Islam. Dalil yang mewajibkan seseorang itu mesti berusaha terlebih dahulu sebelum bertawakkal kepada Allah semata-mata adalah seperti mana sabda Rasulullah s.a.w. terhadap seorang arab badwi yang meninggalkan untanya tanpa diikat tali terlebih dahulu dan lalu berserah kepada Allah s.w.t. semata-mata, yang bermaksud:

"Ikatlah tali unta kamu dahulu dan kemudian barulah berserah kepada Allah s.w.t." (Riwayat: At-Turmuzi)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”. (Riwayat: Bukhari)

Dalam satu hadis lain Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: “Setiap daripada kamu adalah pemikul tanggung-jawab dan setiap daripada kamu bertanggung-jawab terhadap mereka dibawah tanggungan kamu.” (Riwayat: Bukhari dan Muslim)Al Baqarah: 208

"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya..." (Al Baqarah: 208)
Al An'aam: 162
"...Katakanlah: Sesungguhnya solat, ibadah, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam,..." (Al An'aam: 162)

1 comment: