PELAN IKHLAS EDUCATION TAKAFUL CLASSIC

PengenalanMemiliki pendidikan sempurna adalah pasport ke arah membina kehidupan bahagia. Anda akur dengan kenyataan ini, sebab itulah anda sentiasa inginkan hanya yang terbaik untuk pendidikan anak anda. Memandangkan kos pendidikan sentiasa meningkat dari setahun ke setahun, and perlu merancang dari sekarang. Kami sedia membantu. Untuk itu, kami perkenalkan anda dengan IKHLAS EDUCATION CLASSIC.

Ianya merupakan pelan yang membantu anda menabung sejumlah kecil wang setiap bulan. Tanpa disedari jumlah yang terkumpul, cukup untuk membiayai pendidikan anak anda di masa depan. Selain itu, pelan ini juga menawarkan anda perlindungan sekiranya ditakdirkan anak anda meninggal dunia atau kehilangan upaya. Dan anda diberi pilihan fleksibel untuk membuat sumbangan antara 6 hingga 23 tahun sehingga tempoh matang sijil.

Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Education Classic?
Berikan anak anda nikmat perlindungan insurans di saat anda menabung untuknya. Pelan ini dicipta khusus untuk kanak-kanak berumur antara 30 hari sehingga 12 tahun, jadi anda boleh merancang untuk pendidikan mereka seawal yang mungkin. Dengan pelan istimewa ini akan menikmati manfaat-manfaat berikut:-

Manfaat Kematian & Kehilangan Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD)
Sekiranya ditakdirkan berlaku kematian atau kehilangan upaya kekal dan menyeluruh menimpa anak anda sebelum tempoh matang sijil, jumlah perlindungan akan dibayar sekaligus berserta dengan jumlah terkumpul perlindungan akan dibayar sekaligus berserta dengan jumlah terkumpul di dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) kepada anda. Sekiranya kematian atau kehilangan upaya kekal dan menyeluruh berlaku sebelum anak anda mencapai umur lima (5) tahun pada harijadi seterusnya jumlah perlindungan yang akan dibayar adalah seperti berikut:-

Lien Juvenil
1. Umur kematian 1 Tahun - TPD peratusan jumlah sumbangan yang dibayar ialah 20 %
2. Umur kematian 2 Tahun -TPD peratusan jumlah sumbangan yang dibayar ialah 40 %
3. Umur kematian 3 Tahun- TPD peratusan jumlah sumbangan yang dibayar ialah 60 %
4. Umur kematian 4 Tahun - TPD peratusan jumlah sumbangan dibayar ialah 80 %
5. Umur kematian 5 Tahun Ke Atas - TPD peratusan jumlah sumbangan dibayar ialah 100 %

Kenapa IKHLAS Education Classic Takaful?

MANFAAT KEMATANGAN
Sebaik sahaja sijil matang, anak anda akan menerima secara sekaligus sejumlah wang, setara dengan jumlah yang terkumpul di dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA).

PENGELUARAN WANG TUNAI
Pengeluaran wang tunai boleh dilakukan daripada Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) setelah sijil berkuatkuasa untuk tempoh minimum selama lima (5) tahun. Hanya tiga (3) pengeluaran sahaja dibenarkan sepanjang tempoh sijil, dengan jarak minimum di antara pengeluaran ialah dua (2) tahun. Yuran pengeluaran sebanyak RM15.00 akan dikenakan ke atas Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) bagi setiap pengeluaran.

PENAMBAHAN KADAR SUMBANGAN
Sumbangan tambahan boleh dibuat pada hari pertama sijil berkuatkuasa. Jumlah penambahan minimum adalah sebanyak RM50.00 di mana jumlah ini akan dimasukkan sepenuhnya ke dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) peserta.

ANUGERAH PENCAPAIAN CEMERLANG
Mereka yang menyertai pelan ini akan diberi anugerah untuk pencapaian cemerlang di peperiksaan UPSR, PMR atau SPM. Manfaat ini hanya akan dibayar sekiranya pada tarikh peperiksaan, sijil telah berkuatkuasa untuk tempoh minimum tiga (3) tahun. Manfaat anugerah adalah RM100 untuk setiap markah A yang dicapai di dalam semua matapelajaran UPSR (minimum 5A), PMR (minimum 7A) atau SPM/SPVM (minimum 7A).

Manfaat Anugerah Kecemerlangan
1. UPSR (Darjah 6) - 5A (had minimum) - manfaat RM100
2. PMR (Tingkatan 3) - 7A (had minimum) - manfaat RM100
3. SPM (Tingkatan 5) - 7A (had minimum) - manfaat RM100

SYARAT DAN HAD UMUR
Umur : 30 hari - 12 tahun (umur pada harijadi berikutnya)
Jumlah had perlindungan : Minimum RM10,000, Maksimum RM150,000
Tempoh tamat umur penyertaan : Berdasarkan umur peserta antara 18 - 23 tahun
Tempoh perlindungan : 6 - 22 tahun

MENABUNG UNTUK MASA DEPAN ANAK ANDA SAMBIL MENIKMATI PULANGAN YANG LEBIH BAIK
Model IKHLAS kami membenarkan bahagian yang lebih besar daripada akaun peserta digunakan untuk tujuan pelaburan di mana ini membolehkan peserta menerima kadar pulangan yang lebih optima. Ia juga membenarkan peruntukan pendapatan pelaburan dan lebihan yang lebih kerap kepada akaun pelaburan. Pelaburan semula pendapatan pelaburan dan lebihan ini sesegera mungkin, menjadikan jumlah perolehan pulangan keseluruhan adalah lebih baik.

No comments:

Post a Comment