PELAN IKHLAS EDUCATION TAKAFUL

Pengenalan
IKHLAS EDUCATION TAKAFUL
Direka khusus untuk menyediakan jaminan jangka panjang demi masa depan anak anda bagi memastikan keperluan pendidikannya terjamin.

Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Education?
IKHLAS EDUCATION merupakan pelan pendidikan khas untuk kanak-kanak berumur berumur 30 hari hingga 12 tahun.

IKHLAS EDUCATION Menyediakan faedah-faedah berikut: TEMPOH MATANG FLEKSIBELAnda mempunyai pilihan bagi menentukan tarikh matang Sijil, iaitu apabila anak anda mencapai umur di antara 18 hingga 23 tahun.

PENGELUARAN SEBAHAGIAN WANG TUNAI
Pengeluaran boleh dilakukan sehingga tiga kali sepanjang tempoh pegangan Sijil atau maksimum 50% (gabungan 3 pengeluaran) dari Akaun Pelaburan Peribadi, bermula dari tahun ke-enam.

MANFAAT BAGI TEMPOH MATANGApabila Sijil mencapai tempoh matang, anak anda akan menerima sekaligus dari pendapatan pelaburan bersih dan jumlah terkumpul dari Akaun Pelaburan Peribadi serta lebihan bersih dari Dana Risiko melalui Akaun Terkumpul Ta’awuni.

KEMATIANSekiranya berlaku musibah kematian anak, anda akan memperolehi manfaat sehingga RM30,000, termasuk jumlah yang terkumpul dari Akaun Pelaburan Peribadi, pendapatan pelaburan bersih dan lebihan bersih dari Dana Risiko melalui Akaun Terkumpul Ta’awuni.

PENGECUALIAN SUMBANGANSekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal yang menyeluruh ke atas pembayar di dalam tempoh takaful, semua pembayaran sumbangan akan dibayar melalui dana sehingga tarikh matang.J

JUMLAH SUMBANGANJumlah sumbangan fleksibel.

Mengapa IKHLAS Education?
ANUGERAH PENCAPAIAN CEMERLANG
Anak anda akan dianugerahkan RM100 untuk setiap markah A yang dicapai di dalam semua matapelajaran UPSR (minimum 5A), PMR (minimum 7A) atau SPM/SPVM (minimum 7A).

PENAMBAHAN KADAR SUMBANGAN
Sumbangan anda boleh ditambah apabila Sijil anda mencapai tempoh minimum satu tahun. Penambahan minimum adalah RM50 dimana jumlah ini akan dimasukkan sepenuhnya ke dalam Akaun Pelaburan Peribadi anda.P

ULANGAN PELABURAN YANG LEBIH BAIK
Model Takaful IKHLAS membolehkan syarikat mengoptimumkan pulangan pelaburan kepada para peserta. (Sila hubungi kami untuk keterangan selanjutnya).

1 comment:

  1. Assalam. Bagaimana saya ingin mengeluarkan insuran pendidikan anak saya yang kini telah matang?

    ReplyDelete